CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 14, 2009

CABARAN BADMINTON PMKE 2009

Pada 15 Mac 2009, PMKE akan menganjurkan satu pertandingan badminton yang diberi nama Cabaran Badminton PMKE 2009. Pertandingan ini terbuka untuk semua pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik. 4 kategori permainan akan dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki (8 peserta), perseorangan wanita (8 peserta), beregu lelaki (8 kumpulan) dan beregu wanita (8 kumpulan). Pertandingan ini akan dijalankan selama 1 hari bermula pada pukul 8.00 pagi dan dianggarkan akan berakhir pada pukul 6.00 petang. Cara pengendalian pertandingan ini menggunakan kaedah kalah mati. Para peserta pertandingan akan diberi taklimat ringkas mengenai peraturan dan aturcara perjalanan pertandingan tersebut pada 14 Mac 2009 bermula pada pukul 8.30 malam di Dewan Kuliah C. Kepada sesiapa yang berminat, anda bolehlah menghubungi ahli-ahli jawatankuasa seperti di bawah untuk maklumat lanjut :

Mazzuan : 017 - 4366807
Khairil : 012 - 2622692
Shanie : 016 - 6527543

0 comments: